Pages

Thursday, August 5, 2010

Lorong Balu?

"Dia melarikan diri!"

Sesambil menunggu multimedia aku siap dirender, terlukis catan pada minda bila seseorang menceritakan tentang laluan jalan yang aku digunakan setiap hari ke sana ke mari. Kat lorong ni la banyak benda n perkara yang membuatkan aku mengimbau balik apa saja yang berlaku sepanjang hidup di lorong ni. Antaranya -

1. Adik aku Maman - kena seret dengan basikal sepanjang 2 meter, dahi benjol lebih satu inci.. haha
- bertambah benjol bila main kejar² dalam masjid terlanggar tiang.. haha

2. Anjang - Kena seret dengan kereta Arwah ayah - sape suruh pegang bumper belakang.

3. Anjang - Kena kejar dengan ibu sbb tanak pi sekolah

4. Sepanjang bulan puasa berjalan kaki ulang alik ke sekolah menengah, jauh seh..

"ibu, belikan la basikal... nak pengsan dah ni... hahaha"

6. Merentas Desa sempat singgah rumah minum air.. cengelat... hahaha

7. Sorang budak Junior (kengkonon nak jadik secret admire la tu...) - boleh pulak menunggu kat bawah pokok peratikan rumah aku, bila aku keluar je dia dok senyuumm²... ade makna tu..  - NO Adik² Angkat ya masa tu... hahaha

8. Jam 3 pagi mengejar Hamba Allah yang disayangi kerasukan makhluk halus berlari sepanjang lorong ke rumah ibu - keterlibatan aku, anjang, maman & abg waie.

9. Cerita dongeng Harimau Jadian benar² menjadi kenyataan. Ngauman Rasukan- rentetan no. 8

10. Masih lagi terasa seram bila balik kerja sekitar jam 12.00 - 6.00 pagi

Udah le.. malas nak perah otak nak ingat semua benda.. ni je yang aku boleh kongsi.. haha.

Kenapa tajuk aku 'Lorong Balu?'. Sememangnya nama asal Lorong Masjid sbb jalan kecik ni bebetul menuju ke pintu masjid. Yang tu kalau bersambung dengan Jalan Selamat. Kalau bersambung dari Jalan yadi pulak namanya Lorong Imam Hj Karmain. Dua nama didalam satu jalan. Hebat kan? huh.. Tapi bila bagi direction pada org luar lansung tak tau, asik sesat je... :D

Istilah Lorong Balu ni muncul dari percakapan juga penceritaan orang yang aku kehadapankan dalam episod Kantoi Pecah Rumah part last sekali. Katanya lorong balu terhasil bilamana orang asal atau penduduk asal lorong ni bermula dari pangkal lorong hingga hujung lorong adalah status balu.

Photobucket
Lorong Balu dalam kawasan bulatan ni

Masing² dah kematian suami termasuk ibundaku yang tercinta. Aku mmg tak tau kewujudan istilah lorong balu ni sejak lahir sampai la kelmarin dan aku jugak tak tau kesemua penduduk asal kat area lorong ni adalah balu. Berapa banyak kawasan kejiranan kat dunia ni yang diduduki oleh balu sahaja?. Tell me my pren... Semuanya adalah kekuasaan Allah S.W.T dan ajal maut ditentukan Tuhan.

Dan orang yang melarikan diri hari ni adalah orang yang menceritakan tentang apa itu Lorong Balu masa aku nak hantar dia ke tempat 'berubat' tempohari. Dah tak tau la den nak kata apa... huhuhu...  gudluck kepada dia...

Apakah aku akan terus bermukim dilorong ni. Siapa yang tau? Wallahu a'lam



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.