Pages

Monday, January 19, 2009

Boikot!

Salam buat Teman sekalian,

Setiap hari kita dihadapkan dengan isu bangsa Palestin yang juga saudara seagama kita di tindas dengan zalim dan kejam disuatu sudut bumi Arab nun jauh disana. Sepertimana kita sedia maklum hampir setiap detik yang berlalu memperlihatkan pada kita bumi palestin semakin merah dibasahi dengan darah. Pembunuhan ala Nazi secara beramai-ramai membuatkan kita berasa tertekan dan sedih melihat saudara seagama diperlakukan dgn begitu kejam sekali.



Org2 tua, wanita dan kanak-kanak tak terkecuali dari terjahan peluru yang tak bermata. Walaupun hari ini merupakan gencatan senjata buat zionis. Tp hakikatnya mereka masih meratah kehidupan anak palestin sehari-harian dari segi zahir dan batin. Mental anak-anak digasak dengan pembunuhan didepan mata. Ayah dan mak mereka ditembak dan dihenyak sehingga lumat.

Syukur Alhamdulillah, Kita bangsa Melayu yang tidak lupa pada bangsa yang seagama. Bantuan didermakan dan diberi kepada mangsa kekejaman zionis. Kata-kata semangat dibangkit, simpati bersama masyarakat kita diraih demi saudara seagama dan mungkin ade juga yang tekad turun padang berjihad bersama² menentang kekejaman Zionis Laknatullah ini menuju ke bumi palestin. Bersama-samalah kita membantu dan berdoa supaya bumi palestin ini kembali aman dan tenang. Allahu Akhbar!!!

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=fjTZyU8sZD4[/youtube]

Antara senarai produk yang wajib diboikot!

---------------------------------------------------

Petikan dari Kosmo Online! hari ini...

BANDAR GAZA - Tentera Israel di Genting Gaza diarah menghentikan tembakan selepas kerajaan rejim Zionis mengumumkan gencatan senjata.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan operasi serangan besar-besaran selama tiga minggu di Gaza bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas.

Namun, beberapa jam kemudian, pejuang-pejuang Hamas melancarkan 10 serangan roket ke wilayah Yahudi.

Ketika mengumumkan gencatan senjata pada lewat kelmarin, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, tindakan menghentikan tembakan dilakukan selepas matlamat serangan rejim Zionis berjaya dicapai.

"Hamas teruk dibedil termasuk cawangan sayap ketenteraan dan institusi kerajaannya.

"Para pemimpinnya bersembunyi dan kebanyakan mereka terbunuh.

"Jika Hamas menangguhkan tembakan, pihak tentera akan keluar dari Gaza," kata Olmert.

Menurutnya, jika pejuang-pejuang Hamas tidak berbuat demikian, tentera Israel akan meneruskan tindakan bagi mempertahankan rakyatnya.

Sementara itu di Gaza, penduduk-penduduk kembali semula ke kediaman masing-masing untuk melihat runtuhan rumah mereka akibat serangan tentera Israel.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 2 pagi waktu tempatan selepas 22 hari berlakunya pertempuran antara pejuang-pejuang Hamas dengan tentera Israel.

Menurut pegawai-pegawai Pertubuhan Bangsa-Bengsa Bersatu (PBB), dalam pertempuran itu, lebih 1,300 penduduk Palestin terbunuh separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sebanyak 13 rakyat Israel turut terbunuh.

Israel memutuskan untuk menangguhkan serangan dua hari sebelum Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden AS di White House, Washington.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menyatakan pentadbiran Presiden George W. Bush mengalu-alukan keputusan Israel itu. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.