Pages

Wednesday, January 21, 2009

Impian


Kenapa semua orang perlukan impian? Impian ni menantang ape? kadang-kadang terasa pelik dengan orang yang ade impian ni. Macam² yang dia impikan. Itu la ini la.. Kadang-kadang bila tak dapat jadik frust menonggeng... Tapi bila yang takde impian ni macam mana pulak? Ade ke orang yang takde impian ni? tang tu aku tak dapat nak respon la kan.. sesapa yang takde impian tolong jawab skit.. hehe




Impian ni dalam kata lain sama dengan harapan atau berkeinginan sesuatu. Kekadang kita berangan-angan mat jenin. Yang satu hari nanti kita boleh memiliki sesuatu yang hebat dalam hidup kita. sesuatu yang barangkali istimewa dalam kehidupan harian kita dan dapat dikongsikan bersama-sama dengan yang tersayang. Tak kira la keluarga ke kekasih ke...


Segala apa yang kita Impian ni jugak terdapat dalam pelbagai bentuk, jenis dan bermacam-macam lagi. Kita berimaginasi sejak dari kecik lagi. Inginkan sesuatu yang lain dari yang lain. Impian ni jugak perlu diselitkan dengan matlamat. Dari matlamat pulak kita menyusun sesuatu supaya dapat mencapai impian tu.





Apa yang nak dikongsikan ni impian yang realiti bukan impian yang fantasi yang datang dari hikayat ataupun dunia khayalan.. Tang ni buat ape nak ada matlamat ke situ. takpayah la susah-susah nak berimpian lagu ni. Payah dibuatnya.. :) . Impian berfantasi dunia khayalan ni akan hilang dari jiwa sanubari kita mengikut peredaran umur dan usia yang makin matang ni. Tapi mungkin ade yang masih berimpian cenggini. Itu terpulang pada diri memasing...


Ok, berbalik pada impian yang berteraskan matlamat tadi... Impian yang begini, kalau kita betul2 mahukan perlu ada fokus dan tahu jalan kearahnya. Bukan sekadar angan-angan kosong yang hanya diletakkan pada kotak fikiran je. Benda ni takkan jadi kalau kita tak benar-benar mahukannya. Perlu ade usaha ke arah tu walaupun jalannya berliku-liku.

"Aku impikan kereta Mini Cooper yang comel dan cantik" | "Tahun depan aku nak kawin dengan Anak Pak Meon" | "Satu hari nanti aku nak beli BWM 5 series" | "Rumah idaman aku banglo kat tepi sawah"

Kadang-kadang apa yang kita impikan bukan semua yang jadi dan bukan semua yang tak jadi. Mungkin kita impikan untuk kawin dengan anak Pak Meon tu. Tup-tup, Mat Skodeng lak yang jadik menantu Pak Meon orang kaya Batu Lapan tu. Dah frust la pulak... Impian berkecai... Jodoh tu ditentukan Tuhan. Apa yang mampu kita usaha dan berdoa. Solat Istikharah.. Mana tau dapat lagi baik.. Anak Mak Minah janda ke.. kan?

Apa yang penting! Kerjasama!!!... eh silap, bukan tu. hehe ...


Yang pentingnya kita perlu ada matlamat, pemfokusan, kesabaran, keilmuan dan panduan hidup yang kuat dari segi rohani dan jasmaninya demi mencapai impian yang kita lakarkan dalam minda dan akal fikiran kita. Impian tu pulak biarla ikut kemampuan kita. Kang tak pasal-pasal frust pastu wat aksi tu lagi ...


"Yob, buat ape tu yob? Pelik semacam je aku tgk..."

"Frust..."

Aku pun ade impian jugak... Satu hari nanti nak tgk bisnes yang aku bina ngan patner² Nasyeed.com ni berkembang maju dan mampu bersaing diluar mahupun kat dalam negeri .

Alhamdulillah sekarang ni dah nampak jalannya... hasil usaha bersama dgn berkat doa orang2 tua kami. Nasyeed.com dah mempunyai beberapa anak syarikat. Kalau nak tau bukak www.nasyeed.com. Hehe promote skit... Aku dan patner tiga orang yang lain bukak NCCV - NC Creative Ville... Aku antara director yang menguruskan perjalanan kerja utk staff yang bakal masuk bulan ni... Otai.. haha

Thank buat kawan² kat UiTM dulu yang banyak support aku... cewah macam dapat anugerah lak.. blom lagi.. banyak lagi yang aku kena blajar.. uruskan selok belok n hal bisnes.. wat marketing, jumpa client (pernah kena maki ngan client company besar nih! Nama dirahsiakan)... blaja how to improve my PR.. tang ni yg tersangat lemah ni... hehee


Selain tu, aku berimpikan sebuah kereta yang diidam ramai.. BMW 5 series.. wowweoooiiioooeee.. 3 series pon ok... BMW old scholl pon wokey.. layan... juga Mini cooper hak lama tu.. impian besar... walaupun kereta kecik.. hehe..

Juga impian berumahtangga dengan gadis idaman yang mampu mengubah kehidupan aku kepada yang lebih baik, sanggup berkongsi susah dan senang. Sanggup terima kehebatan! dan kelemahan aku ni sepanjang hidup... :)

Insya Allah... Hmm, rasanya ade lagi.. hee takpelah.. lain kali je.. :)

Akhir kata semoga impian korang pon berjaya hendak-Nya.. Amiinn

Setiap kelemahan itu datang dari diri aku, yang bagus dan hebat itu semuanya dari Allah s.w.t...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.