Pages

Wednesday, February 4, 2009

Yeah!

"15 - 2 !"
Sekali menang da... NCCV vs NEP. YEah... :D
Dua hari lepas,  aku ngan dak² opis turun bersukan... Badminton jadik pilihan setiap hari isnin lapan malam. Benda ni dah start lama tp utk tahun ni, minggu lepas baru kitorang start main. Stretching cam biasa.. Panaskan badan. Lari keliling. Dah rasa panas secukupnya barulah start beraksi.. ;)
Hari tu mmg cukup seronok sbbnya dapat kalahkan dua ke tiga team sekali.. Minggu depan lom tau lg mungkin otai² turun tunjuk skill memasing.. hehe. Walaupun pakai riket pinjam je, tapi mampu memberikan saingan yang mantap.

Apepun kat sini sebenarnya bukan nak cerita pasal badminton semata-mata, tapi berkenaan macam mana cara untuk kita memperuntukkan atau meluangkan masa demi kesihatan fizikal dan mental ni.
Yalah, macam aku sendiri... kerja hampir 24jam sehari. Keluar pagi balik malam.. boleh dikatakan setiap hari rutin aku cenggitu. Yang tu belum masuk hari minggu. Kalau ade event maknanya kena la mengadap kerja² tu. Bila masa pulak nak keluar beriadah dan bersukan ni. Kalau dah kawin nanti camner la pulak gaya hidupnya kan..

Bukan alasan cenggini yang sepatutnya diberikan. Walau sibuk ngan keje sekalipun aku dapat jugak luangkan masa dengan memilih masa² tertentu untuk beriadah. Contohnya aku ambil hari isnin berbadminton waktu malam, bowling pulak hujung minggu waktu malam jugak. Futsal pun akan diusahakan mungkin rabu malam.
Bersukan malam ni pun dah ade yang buat kajian yang mana belia² di Malaysia masakini lebih gemar keluar malam untuk bersukan demi mencapai gaya hidup sihat. Berbanding masa dulu, yang mana orang kita lebih suka bersukan selepas subuh dan sebelum maghrib.

"Menurut satu kajian, Indeks Belia Malaysia menunjukkan keterlibatan golongan muda dalam aktiviti rekreasi dan sukan adalah rendah iaitu kurang 30 peratus. Ini tidak bermakna golongan muda tidak berminat dengan aktiviti masa lapang yang positif. Minat mereka terhadap aktiviti masa lapang adalah tinggi iaitu di sekitar 80 peratus. Persoalannya kenapakah terdapat jurang antara minat dengan tingkah laku sebenar mengisi masa lapang? Dua faktor mungkin mempengaruhi jurang tersebut iaitu kekurangan tempat yang sesuai dan juga masa lapang yang tidak sesuai."

Sebab tu Kementerian Belia dan Sukan mengambil inisiatif dengan cara menambah pusat² sukan yang bertepatan dengan minat belia kita juga melancarkan sukan malam. Kebanyakkan orang kita sekarang ni banyak masa lapangnya pada waktu malam.

"Gaya hidup masyarakat Malaysia sendiri dah banyak berubah. Pola waktu bekerja, waktu santai dan waktu bersukan juga mengalami perubahan. Begitu juga jenis-jenis sukan dan aktiviti rekreasi juga mengalami perubahan. Sukan Malam adalah satu inovasi untuk menyelaraskan permintaan aktiviti waktu senggang dengan penyediaan kemudahan sukan bagi mengoptimumkan pembangunan belia yang cergas, sihat dan bersatu."

Kiranya aku ni antaranya la, menyahut seruan kerajaan. hehe

K, lah.. jom turun main badminton Isnin depan.. k
gudnite.. ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.