Pages

Sunday, February 1, 2009

Alone

Cuti part one tak banyak benda yang seronok utk diceritakan. Cuma keje kontrak buat kali kedua kat Jusco Bukit Raja sebagai pembantu supermarket di bahagian aiskrim dan sejuk beku.

Kali pertama dulu kat bahagian AV (Audio Video) untuk carik pengalaman selepas SPM. Boleh la.. ;) Dapat la jual sebarang dua..
Part Two
Perkara yang paling bosan dan sangat memenatkan adalah masa pendaftaran pelajar baru dan time nak cuti semester. Kena berkejar ke sana la, ke sini la. Letih seh... Tp inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan... :D

Rutin harian yang wajib dilakukan sebagai junior ni kena la hormat selalu abg² senior, kakak² senior dan yang paling penting lecturer² kalau kita terserempak dengan depa.

"Assalamualaikum bang / akak..."

Hidup di Lendu semasa part two mengajar aku banyak benda, macammana nak kenal hati budi seorang kawan, sahabat dan seseorang yang kurang menyenangi aku sepanjang berada di sana.

Aku seronok dengan kawan semacam Apan (Haizam), Cha dan Kak Farah. Aku kenal masa mula² masuk semester satu dulu. Apan rapat dengan aku sbb satu level kat kolej, juga satu kelas. Cha pulak aku kenal masa tegur dia tengah dok sensorang bawah pokok. Masa tu dia sibuk buat drawing gambar pemandangan alam sekitar. Rajin dia. Kak Farah ni pulak kenal masa dia tegur artwork aku yang tak seberapa, elok je terpampang kat dinding macam pameran seni sedunia. Masa tu kat dalam studio fine art. Dia dak senior part two time tu. Gaya dan pemerhatiannya seakan teruja dengan hasil kerja aku yang kureng tu. :D

"Cantik bawang yang kau lukis ni, sama subject matter cam akak buat dulu"

Lepas kenal² tu baru aku tau, rupanya dia ni awek Apan. Masa tu la... (Aku cerita je tau, jgn marah Pan, hehe). Diorang la kawan baik aku kat Lendu, susah senang sepanjang satu sem tu dikongsi bersama. Masa tu aku tak berapa kenal sangat dak² yang lain.

Awal  sem part two ni ade interview untuk kitorang pilih department masing². Aku masa cuti dah prepare dengan sketches, printed design dan memacam lagi la. Ade sorang member aku tu pun nak kena interview gak tp dia dok Shah Alam. Aku copy satu utk dia, sian dia... tak sempat nak buat kot... hehe.

Encik Baharin (ketua koordinator)  dan Puan Haslinda (bini dia) nak tarik hampir kesemua bebudak tu masuk fine art. Yelah, diorang kan line fine art. Tak dapek ar, aku tak minat sangat nak bergelumang dalam dunia seni halus ni.. tak cukup halus kesenian aku ni. Tapi dengan semangat dan keyakinan aku masa interview tu... Aku berjaya dapat tempat kat kelas grafik.

Apan memilih untuk sambung study kat UiTM Kedah, sebabnya dia minat bahagian Industrial Design. Cha pulak pilih untuk berhenti sebab tak minat nak teruskan dalam bidang seni lukis seni reka ni. Cuma aku dan Kak Farah je masih teruskan sampai part six. Setakat tu je la yang aku dapat bersama diorang. Lepas berhenti Cha terus senyap, langsung tak contact dengan sesapa pun termasuk aku. Dengar cerita dah bertunang. Aku kekadang bengang gak ngan perangai orang yang macam tu. Hilang tanpa berita. Tapi sekarang aku masih contact ngan Cha tu pun dia yg carik aku. Rupanya dia sambung study kat pahang, bahagian kajian makanan. Takpelah dah minat dia kat situ. Lepas tu tiga tahun sekali baru dapat jumpa. Skrang ni dia baru je kawin.. Tahniah ye Cha, moga bahagian didunia dan akhirat. Amiinn.. Kak Farah pun dah kawin, dah ade anak sorang.. Tahniah gak.. Apan dah keje kat johor katanya. Ape cerita sekarang pun tak tau. Moga kau berjaya la dalam bidang kau tu..

Aku teruskan gak 'berjihad' di tanah Lendu ni. Lone Ranger kata orang. Takde kawan² yang semacam diorang. Sepanjang part two aku lebih senang dengan dak fine art. Lepak ngan Katun, Hibang, Anissa dan reramai lagi.

Dalam kelas drawing kitorang dibahagikan dalam dua kategori mengikut kebolehan memasing dalam melukis. Group Brahmin dan Group Paria. Nampak cam teruk sangat lak nama paria ni. Nak wat camner, dah lecturer yg decide cam tu. Masa pemilihan tu, risau gak termasuk dalam grup tu. Aku terpilih masuk grup brahmin. Sebabnya lukisan aku yang tak seberapa tu nampak ok la jugak...

220px-paul_cezanneAku banyak belajar melukis dari Katun atau nama sebenarnya Haslin. Teknik melukis dan stroke yang halus dari hasil tangan dia begitu mengujakan aku. Kalau korang tak caya klik kat nama dia. :) Memang kena percaya sbbnya dia dah belajar melukis ni masa sekolah rendah lagi pastu campur dengan bakat dia lagi.. pergh! masyuk jadinya. Ko memang seorang Bakat. :) Terima kasih gak sbb sudi ajar aku camner nak melukis dengan baik. Kalau tak asik kena hentam je dengan Encik Long. Artwork yang paling terbaik buat aku masa dalam grup brahmin - Karya Paul Cézanne, Artis fine Art Perancis yang sangat terkenal hidup dari 19 January 1839 sampai 22 October 1906. Aku sukakan stroke dan teknik melukis dia. Subject matter aku yang biasa aku buat adalah buah apel. Actually senang skit nak lukis.. hehe

Rentetan sepanjang study kat kelas drawing memang aku takkan lupa. banyak benda yang tersusun kemas dalam fikiran aku ni. Aku ingat lagi sorang member, Zakie nama dia. Mak aih kesian dia aku tgk... korang bayangkan (ha, bayangkan cepat..) korang bayangkan betapa sedihnya bila artwork yang korang buat setengah mati ni kejap je lunyai. Boleh pulak dia terlanggar bekas air basuhan berus... keceper! habis basah satu kanvas lukisan tu... sikit lagi nak kena artwork aku.. huhu. Boleh nangis beb, dah la wat keje tak tdo malam... pastu g kelas kadang2 tak sempat nak mandi (diorang, bukan aku, hehe)...

Tu baru sendiri punya hal, yang paling sakit jiwa bila time presentation. Kena buat mock up. Masa tu kitorang kena wat satu arca. Aku ni suka buat something yang pelik dan agak unik skit kononnya... Aku pun dah lupe bentuk arca tu. Bila dah tiba datelinenyer, mula la semua bebudak ambil work masing² susun kat depan lecturer.

"Awak tau tak! Apa yang awak buat ni lansung tak ade nilai. Apa yang awak cuba tunjukkannn!!!"

' Praps' Habis work member aku kena pijak. Hancus jiwa dan raga dia. Cepat2 aku alihkan artworkku beberapa sentimeter dari tapak pijakan tu tadi. Fuh! bahaya betul... Kang sia² je

Inilah lumrah sebagai student seni ni, artwork yang tak menepati kehendak diorang pasti dicarik² secara ganas. Ade jugak yang direndam dalam air sampai hancur. Mujur sepanjang aku study kat Lendu dulu tak pernah kena. Memang style diorang ajar camtu. Nak wat lagu mana kan? Follow je la.. Selain kelas drawing, kelas² teori pun ade jugak. Tapi aku lebih suka wat kerja² praktikal dari teori ni. Sbb tu banyak aku score dalam subject² camtu. :)

Part two ni walaupun aku Lone Ranger. Banyak gak la kenangan manis yang dapat aku simpan dalam minda aku ni. Kelas gabungan dengan dak fine art, dengan dak photo n dak² grafik sendiri yang sangat best... Nice to know u all guys...

Kita jumpa di part three pulak... hehe... Kang korang letih nak baca ntah ape yang aku karang ni... hehe...
Salam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.