Pages

Wednesday, April 22, 2009

Geni Eratkan Kasih Sayang

The Che Ramly Family
Siapa yang tak kenal website ni... www.geni.com adalah satu genealogi berkaitan laman web rangkaian sosial. Bagi aku, geni ni merupakan satu laman web yang tersangatlah bagusnya sbbnya ianya dibina khusus untuk m'cari susur galur kekeluargaan dan keturunan setiap orang kat dunia ni. Selain geni ade lagi beberapa laman web yang berperanan sedemikian rupa. Yang tu kenalah korang carik sendiri.. hehe

Geni.com yang dilancarkan pada  16hb Januari 2007 oleh Web 2.0 Syarikat Geni, Inc. mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih tiga puluh juta profil telah wujud dalam laman web Geni oleh lebih dua juta pengguna seluruh dunia. Ha, bayangkan betapa ramainya orang yang guna Geni ni.

Aku start guna geni ni sejak tahun lepas lagi... tp tahun ni baru aktif sbbnya sblm ni tak dan nak belek2 bendalah ni. Boleh la dikatakan aku mula rapat balik ngan sepupu sepapat yang dok jejauh ni macam kat jepun atau kat dlm Malaysia sendiri. Segala perkara yang berlaku, setiap perkembangan sesama dapat diketahui oleh semua orang yang mendaftar dalam group family ni. Kalau ade family yang sakit ke, kenduri ke, meninggal dunia ke mmg mudah dan cepat sampai. Tu pun kalo rajin online la... Hampir semua sepupu sepapat aku join geni termasuk la pakcik makcik.

Statistik keluarga juga ade diperlihatkan pada kita. Kalau korang tengok kat bawah ni mmg la nampak sikit je sbb tak semua yang join. Cam sorang member yang join Geni, dia bgtau family members dia ade lebih 7000 orang termasuk kat luar negara.. pergh giler ramai... Ade sorang lagi bgtau dia dapat kumpulkan lebih 3000 orang masa buat family day kat kedah dulu... Tapi tak  tau la diorang join geni ke idak kan... Tapi ape yang penting, laman web ni amat membantu. :D

131  Family Members   73  Blood Relatives   4  Ancestors

Setiap hari aku check n kalau ade masa aku akan update benda2 baru cam masukkan gambar ke ape ke... video pun leh dimasukkan jugak untuk tatapan group family. Biasanya setiap hari jugak kitorang akan berdiskusi ttg perkara berbangkit dan yang penting2 dalam family ataupun kalau dah takde keje kitorang akan borak2 benda2 yang mengarut2.. hehe.. bergurau senda mengeratkan pertalian keluarga. :D

Actually family aku ni ade buat satu persatuan PERCUMA - Persatuan Cucu-Cucu Mohd Ariff. Saban tahun especially hari raya atau cuti sekolah, kitorang akan buat macam2 aktiviti n benda ni lebih kpd family gathering la... tp utk dua tahun ni memasing sangat sibuk.. generasi aku dan keatas dan sibuk ngan keje n keluarga masing2... jadinya family gathering ni kitorang terpaksa hold buat sementara n tunggak kepimpinan dalam persatuan nak diberi pada generasi seterusnya... harapnya diorang leh handle la.. :D. Dengan adenyer Geni ni mudah sikit nak diskuss bendalah ape yang patut dibuat utk hidupkan balik PERCUMA ni... tahun ni Insya Allah menjadilah harapnya.

K, buat kengkawan yang lain.. join la Geni ni sbb banyak kebaikannya... ;) promote secara percuma lak aku ni.. hehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.