Aku baru je sampai dari ipoh semalam... dah lama tak balik kampung. Mlm tadi tido rumah Alang kendian sarapan kat Pasar Tani Seksyen 13 dekat dgn Stadium Malawati. Nasik lemak lauk ayam berbungkus daun pisang hanya RM 1.00. Sedap la jugak. Kenyang sudeh... :D Kat Ipoh sepupu aku kawin kalo tak takde la gamaknya teman nak balik ke sana... :D Sekarang ni, lepak sat kat opis sesambil tunggu dak2 lain dtg. Hari ni deme cadang nak wat rombongan Cik Kiah ke Mantin. Ade kenduri kawen member kat sana. ex-Nc.
Bulan lime ni ramei bebeno org kawen ye. :)
Bulan lime ni ramei bebeno org kawen ye. :)
Sungai Rokam. (Jumaat)
Teman sampei pagi jumaat. Cadang nak tolak pkl lime pagi takut tak sempat join khatam quran kate Acunye.. last2 pkl 7.30 baru bergerak dari klang ke sungei rokam. Sesampei sana dlm pukul 9.40 pg rasanye. Dalam due jam lebih la jugak. Mana taknya anjang merempit serempitnyer... tu yg sampei awal.
Pagi tu aktivitasnya merebus telur... semerbak haruman bau telur.. huhu. tak banyak yang kena rebus sbbnya Pakdin dah settlekan malam khamis hari tu. senang sikit keje aku ni.. hehe. Lepas tu lepak2 sat. Misi seterusnya aku ngan Abah (my uncle) n Ashman basuh pinggan sblm solat jumaat. Bila basuh reramei ni takde la penat sangat. laju le sikit kejenyer. Kata Abah.
"camni la baru rasa kendurinye, reramai wat keje"
Ramai tak ramai tige org je yang membasuh.. hehe.. Lagi dua minit mau pi Masjid Sg Rokam. Kalau korang pernah tgk tv3, baca paper, mjlh Mastika ke. Korang akan ingat satu tragedi yang pernah tjadi kat masjid ni.
Masjid Idris Shah Sungai Rokam menyimpan satu peristiwa ngeri yang teramat dashat. Seorang anak sanggup menyembelih bapaknya yg tgh solat. Menurut kata maknya, si anak merupakan pesakit mental. Masa sembelih bapanya, si anak melihat si ayah menyerupai seekor lembu. Darah melimpah memenuhi ruang solat. Si anak berlalu pergi kemudian ditangkap polis. Apa perasaan korang bila benda ni jadi depan mata.. fuhh ngeri seh. Nauzubillah.
Petang tu lepas settle keje² yang sepatutnya, kitorang adik beradik konvoi beramai2 pi mandi sungai. hehe tp dah lewat. Sampai dekat pkl 6.00. lantak le.. nak lepas gian punyer pasai... hehe tak sampai setengah jam.. hujan le pulak. Apepun mmg best. sebelah tu ade kolam air panas.. dapat la layan dua2. Lepas tukar baju bertambah lebat lak hujannyer. huhu... Malam tu aku tido rumah adik. dia mnetap kat tambun ngan suami seorang polis. Bukan aku sorang je.. Along n da family join gak.
Sabtu
Esoknya lepas sarapan terus pi balik sg rokam. ramai gak le sedare mare yg dtg dan bukan semuanya aku kenai.. hehe. petang tu shift aku lak jaga parking. Sekali hujan la pulak, sambil pegang payung sambil jaga traffic. Prit sana prit sini. jadik polis jap. ade la dua tiga keta yang jenis tak paham bahasa. Mentang2 la aku suka suka rela je. soh berenti tanak berenti menonong je bwk lelaju. Last2 sangkut dlm jam.. dia jadik puncanya kena la ko undur sendiri. Padan le mukenyer. sronok aku, saje je settlekan lelambat.
Orang2 tua lak tak reti bahasa gak. Disuruh jgn parking tepi, Degil. Parking kat padang luas terbentang indah mata memandang tanak lak kesana. Sejam aku jaga parking lepas tu malas dah, dah la basah kuyup. Nak kena layan kerenah org lagi.. sudeh.. Aku tak lama kat sini, petang tu jugak aku balik. sampai kat shah alam pkl sepuluh mlm.
Apepon ok le. Seronok jumpa family beso. Nak tak nak kena bantu membantu masa kenduri org. kang bila kita wat kenduri. Org tak datang kita la jugak kena wat sorang2. ha payah... Bantu membantu amalan kita.
Sekarang ni aku masih menunggu kelibat2 bebudak nc yang nak join ke Mantin. Masih tak nampak batang idung. Tunggu je la..
k, jumpe lagi dalam episod yang akan datang.. salam :D
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.