Pages

Friday, January 23, 2009

Kembara Lendu

Lendu merupakan satu mukim yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka . Nama Lendu membuatkan aku mengimbau sejenak pada langkah pertama menjejakkan kaki di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ni. Aku memang tak pernah sampai kesini pun. Tapi pernah terfikir untuk merantau kesini.

Hujung bulan enam tahun dua ribu satu, merupakan satu evolusi baru dalam hidup aku ni... langkah pertama menjadi org seni...

Wednesday, January 21, 2009

Impian


Kenapa semua orang perlukan impian? Impian ni menantang ape? kadang-kadang terasa pelik dengan orang yang ade impian ni. Macam² yang dia impikan. Itu la ini la.. Kadang-kadang bila tak dapat jadik frust menonggeng... Tapi bila yang takde impian ni macam mana pulak? Ade ke orang yang takde impian ni? tang tu aku tak dapat nak respon la kan.. sesapa yang takde impian tolong jawab skit.. hehe


Monday, January 19, 2009

Boikot!

Salam buat Teman sekalian,

Setiap hari kita dihadapkan dengan isu bangsa Palestin yang juga saudara seagama kita di tindas dengan zalim dan kejam disuatu sudut bumi Arab nun jauh disana. Sepertimana kita sedia maklum hampir setiap detik yang berlalu memperlihatkan pada kita bumi palestin semakin merah dibasahi dengan darah. Pembunuhan ala Nazi secara beramai-ramai membuatkan kita berasa tertekan dan sedih melihat saudara seagama diperlakukan dgn begitu kejam sekali.

Strike!



Tangan ni masih gatal nak membaling ni... hehe...  Semalam, 20 Muharram 1430H, Ole-ole seksyen 18 menyaksikan kepada semua, pertarungan sengit diantara 7 orang pemain handalan NC... handal ke? masing2 mempamerkan aksi balingan terus ke arah sasaran.

keBosanan dok kat opis pd malam tu membuatkan kitorang satu opis nak main bowling. Bila sampai je kat sana, kena tunggu giliran la pulak. Punya la ramai org. Selamat tak lama...

Friday, January 16, 2009

TamanSukaSuki


Genting Highland begitu dikenali ramai. Taman Tema yang diwujudkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1960 untuk hiburan semata-mata. Gondola yang dikenali sebagai Genting Skyway kat sebelah ni merupakan Kereta kabel yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu 3.38km.

Bila start naik gondola ni ok je, dah sampai ke tengah... pergh gayat seh. Tergoyang2, terhenjut2... cuak je. Pemandangan hijau berkabus sangat cantik bila kita hayatinya. Sungguh Indah ciptaan Tuhan...

By da way, Aku n da gang kesana utk hilangkan tensen n kestressan wat design ni.. hehe. Bukan ape, nak tau je apa yang best kat sana.

Thursday, January 15, 2009

Walimah…


“Zul, kamu bila lagi, adik kamu dah lepas?”

“Saya?, lama lagi.. hehe”

Benda yang sama ditanya dek sedara mara, Macam semalam, masa walimah sepupu. Ade la dua tiga orang dok tanye… dalam hati memang la ndak. Tapi masih blom mampu dari segi kewangannya. Adik perempuan dah lepas, dok merantau kat ipoh nun. Dari situ mulalah pertanyaan yang lebeh kurang sama. Ngaa…

“Simpan doploh ribu dalam poket dulu baru pikir pasal kawin”

Thursday, January 1, 2009

Mukaddimah!


Bismillah...

Ha, Nah! Titipan Ceritera Andika muncul di ruangan Blogspot~

Ruangan peribadi untuk aku berkarya, haha pandai ke aku berkarya ni. Jiwa seni-kah aku? :D Aku hanya seorang pereka grafik yang masih mencari identiti tersendiri. Pelan² kayuh ... Moga² ape yang aku hajatkan, bayangkan, inginkan tercapai hendak-Nya... Amiinnn Ya Rabb