Pages

Friday, January 23, 2009

Kembara Lendu

Lendu merupakan satu mukim yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka . Nama Lendu membuatkan aku mengimbau sejenak pada langkah pertama menjejakkan kaki di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ni. Aku memang tak pernah sampai kesini pun. Tapi pernah terfikir untuk merantau kesini.

Hujung bulan enam tahun dua ribu satu, merupakan satu evolusi baru dalam hidup aku ni... langkah pertama menjadi org seni...



"Yeah! aku dapat.. aku dapat.."

"La kenapa melompat atas kerusi tu... patah pulak kang"

Surat tu ibu bagi masa aku dok pening nak study kat mana. Cosmopoint pon aku dah pi interview. Nak kata pasal duitnya, pergh mmg mahal... Sebelum tu pun pernah gak interview kat UiTM Shah Alam. Dah buat yang terbaik rasanya. Apa yang Cekgu Wazir ajarkan, aku dah praktikkan bebetul. Tapi semuanya tak dapat. Bali pun dah terpilih masuk UiTM Shah Alam tu. Jeles seh... Apa aku nak jadik ni?? Dok terkontang kanting mohon kemasukan untuk kali kedua.

Part One

Tapi usaha itu tak sia-sia... thanks Pak Tam dan Ibundaku tercinta. Surat yang aku terima tu hasil bantuan dan sokongan kalian. Malam tu jugak aku dok rayau Kota Damansara dgn Abg Lang carik keperluan utk study kat UiTM Alor Gajah Melaka yang terletak jauh ke dalam hutan. Takdela hutan sangat pun.. hehe.. Itulah Lendu... Esoknya, Along dan Abg Long jadik volunteer untuk hantar aku kesana... lepas selesai daftar semuanya. Kata-kata peransang utk berjaya dari Abg Long aku simpan buat bekalan. Diploma Seni lukis dan Seni Reka menjadi pilihan untuk masa depan. :)

Blok N merupakan blok pertama aku masa mula² sampai kat sana dulu. Sepatutnya aku ada member baik kat blok tu, tp dia blah dari situ sbb tanak study kat UiTM lendu dlm jurusan Bisnes. Hari pertama aku sampai, hari tu jugak dia ca alip bot.. cabot.. lone ranger la gamaknya...

Aku dok kat level atas skali, letih seh nak panjat... room mate lak ntah sape².. aku lupe, sory la.. Dari situ aku baru kenal Apan (gang baik aku masa kat Lendu), Kublai, Poppye n ramai lagi...Kat Blok N ni macam² yg jadik sbbnya ragging masih berleluasa secara ganasnya... walaupun kat Shah Alam telah pun diharamkan. Apa yang jadi? haa tu dia.. hak betui punya.. ok teruskan membaca... :)

Benda paling biasa nak kenal² dgn senior ni, kenala ambil signature deme.. ade yg cantik ade yg burok.. macam² kaler pon ade... dah tu pulak kena ingat nama semua.. pergh! best sangat.. ceh, sakit jiwa.. program orientasi pelajar mmg la aku tak sempat join.. tp orientasi bersama senior² masih blom selesai.. huhu

Dah tu pulak ade dak² degree skali dlm Lendu tu... kena la menapak pi bilik ke bilik belah malamnya pulak.. yg dok blok lain.. redah aje.. Dari Blok N meredah ke Blok R, dari Blok R disuruh ke Blok P. Pastu kena pulak menapak ke Blok E. (Penat seh, atas bukit tu..) Nak dipendekkan cerita dapat la kesemua tandatangan tu. Horeyy...

Bukan setakat nak kena settlekan senior sefakulti ni.. Senior sekolej pun nak kena settle gak... nak kena kenal sorang² kalau tak, tak pasal² kena pulau satu kolej. Huhu... Kat Blok N ni ramai spesis yang bukan lelaki tulen, sbbnya masa 1st time kena panggil ngan satu group senior ni.

"Pergh, gila wangi bilik ni... seharum bauan wanita sejati.."

"Perabut tersusun cantik, wah wallpaper lagi..."

Kitorang dak junior ni terkujat, tergamam, terkedu dan banyak yg ter² lagi la kan.. Diorang perkenalkan nama masing².

"Nama i Sue.. yu all² boleh panggil Kak Sue.."

"Dia ni nama sebenar Syed, budak tahfiz tau dulu.."

Gilos, dak Hafiz bertukar Hafizah.. Tak penah aku jumpa kat Sungai Udang... Kalau ade pun 1 dalam seratus orang kat Kampung tu. Semua beres dlm masa dua tiga jam. Dari situ aku mula menyedari kehadiran sejenis diorang. Rupanya ramai kat UiTM Lendu ni... Apa nak jadi daa...

Ragging yang tak penah aku lupa. Bila satu malam tu, bebudak satu level kena panggil masuk bilik aku. Kitorang dituduh mencuri barang senior.

"Semua bukak bajuu!!! tangan tegak keatas sekaranggg!!!"

"Korang tau tak!!! ape kesalahan korang semua ni!!!"

Semuanya senyap membisu... sunyi jap.

"..............."

Lama la jugak nak kena berdiri, tangan hulur keatas mcm tu... badan menggeletar dan menggigil², berpeluh². Sorang budak ni nama dia JAIS. Dia paling teruk kena ragging masa ni... Otak dah pusing, serabut kepala otak pikir sapa la yang buat hal ni.. kalau dapat tau siap kena belasah satu level kang..

Sampai satu masa yang tak dijangka²...

"Hepi Besday to youu!!!"

Dak² senior masuk reramai ucap selamat kat si JAIS ni.. gilo gerun dibuatnya.. buat otak terbantut sat. Satu level kena sbb benda tak masuk akal ni... Selamat korang senior kalau tak dah lama buat 'lauk'.

Dan yang paling tragis dalam hidup aku sepanjang bergelar siswa kat UiTM Lendu ni bila satu malam...

"Woi Mat, ko nak biskut ni tak?.. aku dah belikan untuk kau"

"Takpelah bang, saya tanak dah kenyang..."

Senior sorang ni budak part seven... dengar cerita dia ni selalu repeat paper.. Dia panggil aku ngan sorang budak junior lain kononnya nak berkenal²an.. Sebelah dia pulak ada budak tgh main daun. muka cam dak senior... Aku dipaksa beli biskut yang dia beli kat sape² ntah. bila dipaksa² aku tetap berkeras tanak beli. bukan apa, kalau ade duit pun aku tanak beli sbb aku tak minat makan biskut. Bagi la pizza ke hape ke kan? sedap gak.. Mamat tu dah berang bila aku dok menjawab tanak beli ngan dia.

"Aku beli ni penat² untuk kauu!!, menjawab pulak diaa!! "

Disebabkan aku tak memenuhi hasrat 'baek' dia tu, Aku dipaksa berdiri ala² berkawad sampai dia suruh berhenti. sesambil tu dia dok main terup, makan², minum² sambil membebel... Malam tu mendengar irama padang pasir dalam acara bebelan tanpa henti. Aku start berdiri tadi dalam pukul 12.00 pagi. Aku terus setia berdiri dengan gaya² tentera yang berdedikasi. Berdiri terus berdiri dengan kaki tegak, tangan rapat disisi.

Korang tau sampai pukul berapa aku bergaya mcm tu? dah la pagi esok pukul lapan ada kelas. Apa la alasan aku nak bagi ni. Sekejap keluar sekejap masuk. Rimas aku tgk mamat senior tu. Dah la pakai anting² sebelah je. Cam gay pulak aku tgk. Muka mmg tak boleh blah. Jam dah menunjukkan pukul 6.00 pagi... Setengah jam seterusnya aku dibenarkan balik kebilik. Kaki dah lenguh, terhuyung-hayang aku bjalan. Satu jam setengah lagi dah kena pi kelas. Bila dikira balik, hampir nam jam setengah aku berkeadaan begitu. Bayangkan kalau korang yang kena, apa tindakannya? Memang aku tak boleh lupa. huhu. Benda ni aku simpan lama, sampai satu masa tu aku tercerita kat Ibu. Saje nak bercerita, tu pun masa cuti utk naik part two. Rupa² Pak Tam pun dah tau, dia bising tanya sbb ape tak bgtau sama dia. Nak cerita ape? Budak tu pun dah kena gantung ntah sbb ape pun aku tak tau. Huhu... Budak yang main terop sebelah dia tu rupanya satu batch ngan aku gak. Budak fine art, aku tak kenal sbb dia masuk awal. Itulah Hibang si hidung kembang dari Bumi Kenyalang. :)

Satu lagi benda yang kitorang kena buat untuk senior adalah persembahan istimewa dan pelik.

"Ok, setiap dari korang kena perkenalkan diri dengan cara yang kreatif dan unik! faham!!!"

Memang unik pun persembahan gang² satu batch aku tu. dari yang tak kenal terus kenal. Aku perkenalkan diri cara tersendiri. Buat Rap skit guna suara halus. Camner tu.. tak payah la aku tunjuk ye... pikir² la sendiri. hehe. Aku lepas sbb senior suka cara tu. Ade yang menari, menyanyi, berlakon macam marah, tp tak perasaan marah yang timbul dalam watak dia.. dan banyak lagi.

"Aku marah ni!!!, marah ni!!!"

"Woi, ko buat lawak ke ape?? Muka takde perasaan marah pun aku tengok!"

Mamat ni sekarang dah jadik Otai dalam Fine Art.. Wa 'Suspek' sama lu la Katun... hehe

Untuk part one ni, tak ramai dak batch aku yang sempat aku kenal... budak prempuan lagi la aku tak ambik port nak kenal... maleh arr. Kebanyakkan nya dak laki je aku kenal. Hehe

Kelas dah bermula. Setiap hari aku ngan dak² part one lain yang berkepala botak berjalan kaki sesama. Turun bukit naik bukit untuk ke kelas. Jauhnya lebih kurang 2km la kot. Tak penah terpikir nak kira la pulak... pembaris tak bawak. Dengan papan untuk melukis sebesar kertas A1. Bag hitam khas untuk designer yang besar gedabak. Dengan tool box lagi... Camner? Tu je la yang dibawak kehulu kehilir setiap kali ade kelas drawing. Banyak subjek yang aku kena kejar. Banyak yang tertinggal. Tapi berkat kesabaran dan kerajinan aku masa diploma dari part one sampai part six. Banyak membentuk aku untuk berjaya. cewah.. memuji diri sendiri gamaknya.. hehe.. well itulah hakikatnya.. Tapi, aku nampak lebih baik dari segi produksi, praktikal dan bukannya secara teori.. Bab nak menghafal, mengkaji² ni aku lemah skit.. :)

K, jam pun ah menunjukkan 4.02 pagi. esok dah nak raya cina.. masih setia di office la nampaknya.. hehe..

Nak cerita pasal part one ni panjang lagi sebenarnya.. kang 10 page pun tak abis.. kita sambung masa part two pulaknanti...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.